RANCANGAN MENGAJAR HARIAN



Menyiasat Alam Bahan : Cara Mengawet Makanan
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran
:
Sains
Tahun
:
6
Masa
:
60 minit
Bidang Pembelajaran
:
Menyiasat Alam Bahan
Tajuk
:
Cara Mengawet Makanan  
:
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menghuraikan secara bertulis cara-cara mengawet makanan dalam masa yang ditetapkan melalui perbincangan kumpulan.  
Pendekatan
:
Konstruktivisme  
Strategi P&P
:
i.          Perbincangan kumpulan
ii.         Mengeksperimen
iii.        Sumbang saran  
Kemahiran Generik:
 
 
KPS
:
i.          Memerhati
ii.         Berkomunikasi
iii.        Mengeksperimen  
:
i.          Menjana idea
ii.         Membanding dan membeza
iii.        Memberi pendapat
iv.        Mengumpul maklumat
v.         Merumus  
:
i.          Interpersonal
ii.         Intrapersonal  
Media Pengajaran
:
i.          Mangga yang telah busuk
ii.         Kotak
iii.        Transparensi
iv.        Kad eksperimen
v.         Mangga
vi.        Gula
vii.       Garam
viii.      Air  
Pengetahuan Sedia Ada
:
Murid pernah melihat makanan yang telah diawet.


Langkah / Masa 
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Media Pengajaran
Kemahiran Generik
Guru
Murid
 
Langkah 1 
( 5 minit ) 
OrIentasi
 
Bahan makanan boleh diawet supaya lebih tahan lama.
 
1. Guru memanggil seorang murid untuk menyentuh sebiji mangga yang telah busuk yang berada di dalam kotak.
i.          Guru memangil pula seorang murid untuk menghidu buah mangga tersebut.

ii.         Guru menge-
mukakan soalan.

(a) Apakah yang telah kamu sentuh dan bagaimanakah keadaan buah tersebut?

(b) Apakah bau yang dapat kamu hidu?


(c) Apakah cara yang boleh dilakukan agar buah mangga ini tahan lama?

iii.        Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
 
1. Murid memerhati aktiviti yang dijalankan oleh rakan-rakan mereka.
 
 
Buah mangga busuk
Kotak
 
KPS
Memerhati
Berkomu-
nikasi 
KBKK
Membanding dan
membeza
Memberi pendapat 
Kecerdasan pelbagai
Interpersonal
Intrapersonal
 
 
Langkah 2 
(20 minit)
Pencetusan idea
 
Bahan makanan boleh diawet melalui kaedah pengeringan, penyejuk
bekuan,
pengasinan
dan
penjerukan.
 
1. Guru memberikan penerangan tentang pelbagai cara untuk mengawet makanan.
2. Guru akan mengemukakan soalan dari masa ke semasa sepanjang penerangan.
 
1. Murid mendengar dengan teliti.
2. Murid memberi respons secara lisan
 
Transparensi
 
KPS
Memerhati
Berkomu-
nikasi 
KBKK
Menjana
idea 
Kecerdasan pelbagai
Interpersonal
Intrapersonal
 
 
Langkah 3 
(30 minit) 
Aplikasi Idea
 
Menjalankan eksperimen secara perbincangan koperatif-
penjerukan mangga
 
1. Guru mengedarkan kad eksperimen dan bahan kepada setiap kumpulan. 
2. Guru memberikan penerangan berdasarkan kad aktiviti. 
3. Guru memberi bimbingan sepanjang murid menjalankan eksperimen.
 
1. Murid membentuk kumpulan.
Ketua kumpulan mengambil kad eksperimen, bahan dan radas. 
2. Murid menjalankan eksperimen dengan bimbingan guru. 
3. Murid berbincang dalam kumpulan dan melengkapkan kad tugasan eksperimen yang dibekalkan. 
4. Murid melihat hasil eksperimen selepas satu minggu.
 
Kad eksperimen
(Lampiran 1) 
Buah mangga
Garam
Gula
Cuka
Air
Botol
Pisau
 
KPS
Eksperimen
KBKK
Mengumpul maklumat
Memberi pendapat 

Kecerdasan pelbagai
Interpersonal
Intrapersonal
 
Langkah 4 
(5 minit) 
Rumusan
 
Rumusan
 
1. Guru membimbing murid membuat rumusan dengan mengajukan beberapa soalan mencapah.
 
 
1. Pelajar membuat rumusan , berinteraksi dan mencatat nota.
 
 
 
KBKK
Merumus 
Kecerdasan pelbagai
Interpersonal
Intrapersonal

No comments:

Post a Comment